PROGRAM ZIARAH SILATUR-RAHIM MJAE


SINOPSIS AKTIVITI

Mesyuarat AJK MJAE Kali Ke-1: 1434H/2012M pada 8 Disember 2012 telah sepakat bersetuju untuk membuat Program Ziarah Silatur-rahim ke rumah bekas Imam, Bilal, Ketua Kampong, Noja, Pengerusi dan AJK Masjid Jamek Al-Ehsan.

Tujuan program ini dibuat ialah bagi menghargai akan jasa dan bakti  mereka selama ini dalam memikul amanah dan tanggungjawab menguruskan dan memakmurkan Masjid Jamek Al-Ehsan.

Ahli  rombongan   terdiri daripada Pengerusi dan AJK MJAE  termasuk Penghulu, Kertua-Ketua Kampong (Kampong Pt.Lapis, Kampong Pt.Nipah dan Kampong Pt. Jawa Ulu). Waktu ziarah ialah selepas solat jemaah asar di masjid di mana semua ahli rombongan akan berkumpul di sana sebelum bertolak. Tarikh ziarah ditetapkan oleh tuan rumah yang dikunjungi dengan memaklumkan lebih awal kepadanya.

Dalam kunjungan ziarah tersebut kita berpesan supaya tuan rumah tidak bersusah payah untuk menerima kunjungan kami kerana kami faham situasi mereka dan kami tegaskan bahawa lawatan ini adalah kunjungan  biasa dan rengkas; oleh sebab itu kita yang tetapkan masanya (selepas solat asar dimana ianya singkat dan rengkas tetapi 'padat'.).

AJK telah bersetuju semasa kunjungan ziarah tersebut dengan membawa sedikit buah tangan seperti kain pelikat dan sumbangan ikhlas dalam bentuk wang tunai.

Aktivi Program Ziarah Sialturrahim MJAE akan melawat penama-penama berikut: 

                    1. Tn.Hj.Md.Zin bin Hj.Abd.Rahman (Bekas Imam MJAE)
                    2. Tn.Hj.Abd.Rahman bin Hj.Siraj (Bekas AJK MJAE)
                    3. Tn.Hj.Zainal bin Salleh (Bekas AJK MJAE)
                    4. En.Ederis bin Md.Dun (Bekas AJK MJAE)  *telah kembali ke rahmatullah pada 18.1.2013
                    5. Tn.Hj.Taher bin Paiman (Bekas Bilal MJAE) *telah kembali ke rahmatullah pada 5.3.2013
                    6. Tn.Hj.Othman bin Ideris (Bekas Ketua Kampong Pt.Lapis)



                                                        CATATAN LAPORAN

LAWATAN PERTAMA:
TN.HJ.MD.ZIN BIN HJ.ABD.RAHMAN
(Bekas Imam MJAE)

1. TARIKH:                  14.1.2013 @ 2 Rabiul Awal 1434H (Hari Isnin)

2. Masa:                      Bermula jam 5.00 petang

3. TEMPAT:                 Rumah Tn.Hj.Md.Zin bin Hj.Abd.Rahman
                                   Jalan Mahmood Parit Jawa.
                       (Bekas Imam MJAE dan Naib Kadi (Jurunikah) Mukim Parit Jawa).

4. KEHADIRAN:          Seramai 10 orang AJK
                      (termasuk Pengerusi MJAE dan Ketua Kampong Pt.Jawa Ulu)

Dalam lawatan kali pertama ini ahli rombongan berpeluang mengenali sejarah dan memahami tugas Tn.Hj.Md.Zin bin Hj.Abd.Rahman  (83 tahun) - sebagai Guru Sekolah Agama Johor, sebagai Juru Nikah (yang kebetulan Imam 1 MJAE sekarang iaitu En.Amir Rudin Ismail baru sahaja dilantik sebagai Juru Nikah Mukim Parit Jawa); dan sebagai Imam MJAE. Kami juga banyak menerima nasihat dan pandangan daripada Tn.Hj.Md.Zin dalam hal-hal mengurus dan mengimarahkan MJAE.

Rombongan kami pulang pada jam 6.15 petang.

















LAWATAN KEDUA:
TN.HJ.MOHD.TAHER BIN PAIMAN
(Bekas Bilal MJAE)

1. TARIKH:                 19.2.2013 @ 8 Rabiul Akhir 1434H (Hari Rabu)

2. Masa:                     Bermula jam 5.00 petang

3. TEMPAT:              Rumah Tn.Hj.Mohd.Taher bin Paiman
                                  Parit Gantong, Parit Jawa.
                     (Bekas Bilal MJAE)

4. KEHADIRAN:         Seramai 8 orang AJK
                     (termasuk Pengerusi )


Dalam lawatan kedua Program Ziarah Silaturrahim MJAE kali ini, rombongan telah berkunjung ke rumah Tn.Hj.Mohd.Taher bin Paiman (94 tahun). Keadaan Tn.Hj.Taher sangat uzur kerana mengidap sakit tua. Namun begitu beliau masih dapat mengingati kami apabila nama kami diberitahu kepadanya. Beliau sepanjang masa berada di atas katil ‘khas’ - yang sentiasa menghadap qiblat bagi memudahkannya bersolat.

Beliau sentiasa diurus dari segi makan minum serta pembersihan diri oleh isteri dan anak-anaknya; kerana beliau tidak dapat bergerak sendiri.

* Tn.Hj.Mohd.Taher bin Paiman telah kembali ke rahmatullah pada hari Selasa 5.3.2013 @ 22 Rabiul Akhir 1434H pada jam 9.00 pagi dan dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Mor Parit Jawa – Al-Fatehah.

















                     MAJLIS MERAIKAN HARI KELAHIRAN NABI SAW

             TARIKH:               24.1.2013 @ 12 Rabiul Awal 1434H (Hari Khamis)

             MASA:                  6.30 pagi (selepas solat subuh berjemaah)

             TEMPAT:              Dewan Solat Masjid Jamek Al-Ehsan Parit Jawa Muar.

             KEHADIRAN:        Seramai 150 orang.

CATATAN LAPORAN

Mesyuarat AJK MJAE Kali Ke-2: 1434H/2013M telah sepakat bersetuju untuk melaksanakan majlis ini.Surat Jemputan - (Bil(2) dlm S/Usaha MJAEPJ/2011-2013 bertarikh 14 Januari 2013 @  7 Rabiul Awal 1434H) - bagi maklumkan telah dihantar kepada Penghulu Mukim Parit Jawa, Penggerak Masjid/Surau DUN Sg.Balang,semua Ketua Kampong Mukim Parit Jawa,  semua Pengerusi Surau dan Pengerusi Pakatan/Badan Kebajikan dibawah kariah MJAE serta ketua-ketua pejabat dan lain-lain jemputan,  supaya  dapat hadir beramai-ramaiuntuk meraikan bersama majlis tersebut.

Majlis dimulkan mengikut ketetapan aturcara berikut:

           6.30 pagi  -  Bacaan Rawi dimulakan:

                      Rawi   1 oleh:     Bilal Masjid Jamek AlEhsan (En.Nordin bin Husin)
                      Rawi   2 oleh:     Kariah Surau Sulaimaniah (En.Mokhtar)
                      Rawi   3 oleh:     Kariah Surau Nekmat (
                      Rawi   4 oleh:     Kariah Surau Jaafariah (Tn.Hj.Mohd.Ali bin Lahuri) 
                      SELAWAT:          Surau Al-Hidayah (dipimpin oleh Tn.Hj.Ishak bin Sadiman)
                      Rawi 18 oleh:     Kariah Surau Al-Yakin (Tn.Hj.Ismail Husin)
                      Doa:                   Imam Masjid Jamek Al-Ehsan (Tn.Hj.Md.Salleh bin Othman)

           7.30 pagi  - Majlis tamat - sebelum bersurai semua jemputan dijamu dengan sarapan 
                                                       pagi berupa nasi lemak, kuih-kuih dan minuman.











PENGURUSAN

MASJID JAMEK AL-EHSAN 
(MJAE)
PARIT JAWA MUAR
JOHOR

                    Pengurusan MASJID JAMEK AL-EHSAN (MJAE), Parit Jawa, Muar, Johor berkonsepkan: 
                                                         'GSMP'                          
(GUNA SAMA & MESRA PENGGUNA)

  • Ianya bermaksud segala kemudahan dan peralatan yang terdapat di MJAE boleh digunakan  oleh ahli-ahli kariah juga orang ramai. Ini sebagai satu bentuk ‘kebajikan' oleh MJAE kepada orang ramai. Misalnya:  
                   Semua peralatan pinggan mangkok/dewan dengan kerusi meja dan PA 
                   system/dataran/tempat masak dll, boleh digunakan oleh kariah/umum dengan percuma.
                   - (atau setidak-tidaknya dengan hanya bayaran yang minima-bagi menampung kos 
                      elektrik dan air).

  • Ia juga bermaksud MJAE menyediakan kemudahan/keperluan berkonsepkan ‘mesra pengguna’ kepada orang ramai. Misalnya:

                                1. Disediakan 'kemudahan/keperluan' bagi kariah yang 'kurang upaya';
                                    seperti – laluan kerusi roda, tandas OKU,
                                    parking kereta OKU, tempat wuduk OKU, dll.
                            
                               2.  Disediakan keperluan-keperluan umum untuk para musafir, seperti  
                                    ‘pondok rehat’, ‘rumah rehat’, tempat masak, tempat mandi, dll.

                               3.  Disediakan perpustakaan dan kemudahan 'wireless internet' bagi keperluan 
                                    pelajar/remaja seperti untuk akses imformasi dan lain-lain penggunaan
                                    internet.
                            
                               4.  Disediakan keperluan-keperluan bagi golongan ‘wanita’ seperti peralatan- 
                                    peralatan solat wanita, keperluan-keperluan dalam tandas wanita, tempat 
                                    wuduk,dll.

                              5.  konsep ‘masjid terbuka’ kepada musafir/orang ramai- 
                                   (tidak berkunci tetapi terjamin & selamat)

*   Portal/Blog MJAE: masjid-alehsan.blogspot.com dan E-mail: masjidalehsan@gmail.com
     sebagai medan sumber informasi terkini mengenai MJAE untuk orang ramai.

* Biro-Biro telah mula membuat perancangan 'projek' masing-masing seperti berikut:

1. BIRO EKONOMI & PEMBANGUNAN: “PROJEK RUMAH REHAT”
2. BIRO KEBERSIHAN & KECERIAAN:      “PROJEK LANDSKAP”
3. BIRO KEBAJIKAN & SOSIAL:                “PROJEK SEJAHTERA”
4. BIRO PELAJARAN & DAKWAH:           “PROJEK ONE-STOP-CENTER”
5. BIRO PERCITAKAN & ICT:                    “PROJEK BULETIN AL-EHSAN”        
6. BIRO HAL EHWAL WANITA:                “PROGRAM IBU MITHALI”
7. BIRO RAKAN MUDA:                           “PROGRAM REMAJA PERKASA”

(Setiap projek perlu diusahakan secara “BERSAMA” dari peringkat penjanaan idea, merancang dan melaksanakannya. Untuk itu ianya bergerak dalam DUA pasukan yang saling berkaitan:

1. JAWATANKUASA MASJID – sebagai ‘Jawatankuasa Pemandu’: Bertindak sebagai pembuat Dasar dan Keputusan serta pemegang Kuasa Kewangan.
(Ahli terdiri daripada semua AJK MJAE.)

2. JAWATANKUASA MJAE BERSAMA SURAU-SURAU DAN BADAN EBAJIKAN – sebagai ‘Jawatankuasa Pelaksana Bersama’: Bertindak sebagai ‘Rakan Kongsi’ dalam menjana idea, melaksana projek/program, mencari punca sumber kewangan, sumber maklumat, sumber modal/harta, sumber tenaga, dll keperluan. Ahli terdiri daripada AJK MJAE dan semua Pengerusi  Surau dan Badan Kebajikan

* nota:  MEMBINA PELAN TINDAKAN & CARTA GANTT:
  (bagi melihat perjalanan dan perkembangan Projek/Program Biro-Biro dari awal hingga akhir   
   pelaksanaannya). 


PROJEK-PROJEK YANG MEMENUHI MAKSUD 
KONSEP "GUNA SAMA & MESRA PENGGUNA"
MASJID JAMEK AL-EHSAN 
PARIT JAWA, MUAR, JOHOR 
RUMAH REHAT

LANDSKAP

LALUAN KERUSI RODA

ALAT KEPERLUAN DAN TEMPAT MASAK

DATARAN MASJID DIGUNAKAN 
SEBAGAI TEMPAT SESUATU MAJLIS 

KEMUDAHAN INTERNET TANPA WAYAR

KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN
BILIK MESYUARAT 


DEWAN TAN SRI 
MAJLIS SUMBANGAN FAKIR/MISKIN