BULETIN AL-EHSAN

Masjid Jamek Al-Ehsan (MJAE) Parit Jawa Muar Johor 
telah berusaha menerbitkan buletin yang diberi nama
"BULETIN AL-EHSAN"
Buletin ini diterbitkan empat bulan sekali. Bagi Keluaran Pertama ini
 ialah untuk bulan Januari hingga April 2013. Ianya memuatkan makluman 
aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang empat bulan tersebut.
Buletin ini merupakan 'Edaran Terhad' iaitu diedarkan secara dalaman 
khas untuk ahli-ahli kariah MJAE sahaja.
Pengedarannya dibuat pada hari Jumaat minggu pertama 
bulan berikutnya (pada 3 Mei 2013).

SELAMAT MEMBACA