PROGRAM ZIARAH SILATUR-RAHIM MJAE


SINOPSIS AKTIVITI

Mesyuarat AJK MJAE Kali Ke-1: 1434H/2012M pada 8 Disember 2012 telah sepakat bersetuju untuk membuat Program Ziarah Silatur-rahim ke rumah bekas Imam, Bilal, Ketua Kampong, Noja, Pengerusi dan AJK Masjid Jamek Al-Ehsan.

Tujuan program ini dibuat ialah bagi menghargai akan jasa dan bakti  mereka selama ini dalam memikul amanah dan tanggungjawab menguruskan dan memakmurkan Masjid Jamek Al-Ehsan.

Ahli  rombongan   terdiri daripada Pengerusi dan AJK MJAE  termasuk Penghulu, Kertua-Ketua Kampong (Kampong Pt.Lapis, Kampong Pt.Nipah dan Kampong Pt. Jawa Ulu). Waktu ziarah ialah selepas solat jemaah asar di masjid di mana semua ahli rombongan akan berkumpul di sana sebelum bertolak. Tarikh ziarah ditetapkan oleh tuan rumah yang dikunjungi dengan memaklumkan lebih awal kepadanya.

Dalam kunjungan ziarah tersebut kita berpesan supaya tuan rumah tidak bersusah payah untuk menerima kunjungan kami kerana kami faham situasi mereka dan kami tegaskan bahawa lawatan ini adalah kunjungan  biasa dan rengkas; oleh sebab itu kita yang tetapkan masanya (selepas solat asar dimana ianya singkat dan rengkas tetapi 'padat'.).

AJK telah bersetuju semasa kunjungan ziarah tersebut dengan membawa sedikit buah tangan seperti kain pelikat dan sumbangan ikhlas dalam bentuk wang tunai.

Aktivi Program Ziarah Sialturrahim MJAE akan melawat penama-penama berikut: 

                    1. Tn.Hj.Md.Zin bin Hj.Abd.Rahman (Bekas Imam MJAE)
                    2. Tn.Hj.Abd.Rahman bin Hj.Siraj (Bekas AJK MJAE)
                    3. Tn.Hj.Zainal bin Salleh (Bekas AJK MJAE)
                    4. En.Ederis bin Md.Dun (Bekas AJK MJAE)  *telah kembali ke rahmatullah pada 18.1.2013
                    5. Tn.Hj.Taher bin Paiman (Bekas Bilal MJAE) *telah kembali ke rahmatullah pada 5.3.2013
                    6. Tn.Hj.Othman bin Ideris (Bekas Ketua Kampong Pt.Lapis)



                                                        CATATAN LAPORAN

LAWATAN PERTAMA:
TN.HJ.MD.ZIN BIN HJ.ABD.RAHMAN
(Bekas Imam MJAE)

1. TARIKH:                  14.1.2013 @ 2 Rabiul Awal 1434H (Hari Isnin)

2. Masa:                      Bermula jam 5.00 petang

3. TEMPAT:                 Rumah Tn.Hj.Md.Zin bin Hj.Abd.Rahman
                                   Jalan Mahmood Parit Jawa.
                       (Bekas Imam MJAE dan Naib Kadi (Jurunikah) Mukim Parit Jawa).

4. KEHADIRAN:          Seramai 10 orang AJK
                      (termasuk Pengerusi MJAE dan Ketua Kampong Pt.Jawa Ulu)

Dalam lawatan kali pertama ini ahli rombongan berpeluang mengenali sejarah dan memahami tugas Tn.Hj.Md.Zin bin Hj.Abd.Rahman  (83 tahun) - sebagai Guru Sekolah Agama Johor, sebagai Juru Nikah (yang kebetulan Imam 1 MJAE sekarang iaitu En.Amir Rudin Ismail baru sahaja dilantik sebagai Juru Nikah Mukim Parit Jawa); dan sebagai Imam MJAE. Kami juga banyak menerima nasihat dan pandangan daripada Tn.Hj.Md.Zin dalam hal-hal mengurus dan mengimarahkan MJAE.

Rombongan kami pulang pada jam 6.15 petang.

















LAWATAN KEDUA:
TN.HJ.MOHD.TAHER BIN PAIMAN
(Bekas Bilal MJAE)

1. TARIKH:                 19.2.2013 @ 8 Rabiul Akhir 1434H (Hari Rabu)

2. Masa:                     Bermula jam 5.00 petang

3. TEMPAT:              Rumah Tn.Hj.Mohd.Taher bin Paiman
                                  Parit Gantong, Parit Jawa.
                     (Bekas Bilal MJAE)

4. KEHADIRAN:         Seramai 8 orang AJK
                     (termasuk Pengerusi )


Dalam lawatan kedua Program Ziarah Silaturrahim MJAE kali ini, rombongan telah berkunjung ke rumah Tn.Hj.Mohd.Taher bin Paiman (94 tahun). Keadaan Tn.Hj.Taher sangat uzur kerana mengidap sakit tua. Namun begitu beliau masih dapat mengingati kami apabila nama kami diberitahu kepadanya. Beliau sepanjang masa berada di atas katil ‘khas’ - yang sentiasa menghadap qiblat bagi memudahkannya bersolat.

Beliau sentiasa diurus dari segi makan minum serta pembersihan diri oleh isteri dan anak-anaknya; kerana beliau tidak dapat bergerak sendiri.

* Tn.Hj.Mohd.Taher bin Paiman telah kembali ke rahmatullah pada hari Selasa 5.3.2013 @ 22 Rabiul Akhir 1434H pada jam 9.00 pagi dan dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Mor Parit Jawa – Al-Fatehah.