SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1432H

Sambutan Maulidur Rasul SAW Masjid Jamek Al-Ehsan Parit Jawa Muar telah diadakan pada hari Sabtu 17.4 2011 bermula pada jam 8.00 pagi. Sambutan bermula dengan perarakan beramai-ramai dari perkarangan SK Pt.Jawa melalui Jalan Temenggung Ahmad menuju ke lampu isyarat, kemudian membelok ke Jalan Jabbar dan terus memasuki lorong menghala ke masjid.

Perarakan terdiri daripada:
1. Kumpulan Elit Masjid Jamek Al-Ehsan Pt.Jawa (lelaki)
2. Kumpulan Yasin Cahaya Iman (wanita)
3. Gabungan Ikatan Setia Pt.Nipah (lelaki)
4. Sekolah Agama Pt.Samsu (pelajar wanita)
5. SK Pt.Jawa (pelajar lelaki)
6. SK Pt.Jawa (pelajar wanita)
7. Pasukan Kompang SMK Raja Muda (lelaki)
8. Badan Kebajikan Islam Taman Dahlia/Seroja/Bintang (lelaki)
9. Badan Kebajikan Islam Taman Dahlia/Seroja/Bintang (wanita)
10. Kumpulan Surau Al-Falah Sri Manis (wanita)
11. Sekolah Rendah Arab Tanwiriah (pelajar lelaki)
12. SMK Raja Muda (pelajar wanita)
13. Pasukan Kompang Surau Ne'mat (lelaki)
14. Kumpulan Wanita Taman Cempaka (wanita)
15. Pasukan Kadet Remaja SMK Raja Muda (pelajar lelaki)
16. Kumpulan Jemaah Surau Al-Yakin Pt.Kasim (lelaki)
17. Pasukan Permata Sekolah Agama Pt.Jawa (pelajar lelaki)
18. Kumpulan Sekolah Menengah Arab Tanwiriah (pelajar lelaki)
19. Pasukan Kompang Surau Syaaban Kg.Nelayan (lelaki)
20. Kumpulan Surau Sya'ban Kg.Nelayan (wanita)
21. Kumpulan Surau Hj.Ahmad Khatib Pt.Seri Laut (lelaki)
22. Kumpulan Nur Kasih KRT Jiran Wanita Bukit Mor (wanita)
23. Kumpulan Surau Ne'mat Pt.Nipah (lelaki)
24. Pasukan Kompang Perusahan Kompang Jln. Mahmood (lelaki)

Keselurihan anggota yang mengambil bahagian dalam perarakan seramai 637 orang. Jemputan umum seramai 350 orang.

Selepas perarakan majlis dimulakan dengan persembahan nyasid pelajar Sekolah Menengah Arab Tanwiriah, diikuti dengan bacaan Al-Quran oleh Tn.Hj.Mohd.Salleh bin Hj.Othman dan Bacaan Berzanji yang dipimpin oleh En.Nordin. Selepas ucapan alu-aluan oleh pengerusi masjid Tn.Hj.Jamian bin Hj.Jaffar majlis seterusnya ialah Ceramah Maulid oleh Ustaz Mohd.Lotfi bin Solihin daripada Universiti Tun Hussin Malaysia Batu Pahat Johor.

Hadiah-Hadiah bagi pertandingan perarakan telah disampaikan oleh tetamu kehormat YB Dr Robiah bt Dato Hj.Kosai ADUN Sg.Balang kepada pemenang-pemenang, berupa wang tunai (RM300 - Johan, RM200 - Naib Johan, RM100 - Ketiga berserta sijil):-

      1. PERTANDINGAN KOMPANG:
          JOHAN - Surau Ne'mat
          NAIB JOHAN - SMK Raja Muda
          KETIGA - Surau Sya'ban

      2. PERTANDINGAN SEPANDUK:
          JOHAN - Kumpulan Wanita Taman Cempaka
          NAIB JOHAN - Surau Hj.Ahmad Khatib
          KETIGA - Sekolah Agama Pt.Samsu

      3. PERTANDINGAN PERBARISAN:
          3.1: KATEGORI AWAM (LELAKI):
                 JOHAN - Badan Kebajikan Islam Tmn Seroja/Dahlia/Bintang
                 NAIB JOHAN -  Surau Ne'mat
                 KETIGA - Surau Al-Yakin

         3.2: KATEGORI AWAM (WANITA):
                JOHAN - Kumpulan Nur Kasih KRT Bukit Mor
                NAIB JOHAN - Kumpulan Wanita Taman Cempaka 
                KETIGA - Badan Kebajikan Islam Tmn Seroja/Dahlia/Bintang

         3.3: KATEGORI PELAJAR (LELAKI):
                JOHAN - Sekolah Agama Pt.Jawa
                NAIB JOHAN - Sekolah Menengah Arab Tanwiriah
                KETIGA - SK Pt.Jawa

         3.4: KATEGORI PELAJAR (WANITA)
                JOHAN - SK Pt.Jawa
                NAIB JOHAN - Sekolah Agama Pt.Samsu
                KETIGA - SMK Raja Muda
    





























Pengerusi Majlis Tn.Hj.Jamian